Pemilik Hati.
25 February 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

Kita selalu cakap kat boyprengg or girlprengg kita, "awak lah pemilik hati saya", "u dah miliki hati i", "hati i milik u". Cewahh ayatt, mesti nak manis je kan? Biasalah tu kan kalau orang sedang asyik dan seronok bercinta. Time baik, tengah bercintan cintun, rasa manis je sentiasa, rasa macam "dunia ini hanya aku dan dia yang punya". Haa gitu. Tapi bila time bergaduh, jangan harap lah nak dengar ayat ayat manis tu kan. Semua ayat manis tu dah hilang, lesap macam tu je. Ini mimie cakap based on my own experience and from my research dari orang orang terdekat lah. Bila tengah bercinta, kita nampak yang baik, yang manis je. Bila time gaduh, kita nampak keburukan dan kepahitannya. Selalu macam tu kan? Satu je lah mimie nak cakap, pemilik hati kita adalah Allah. Bukan boypreng ataupun girlpreng kita yang pegang hati kita tu. Hati kita milik ALLAH. DIA yang berkuasa mendatangkan perasaan sayang dan cinta dalam hati kita untuk seorang hambaNya yang lain dalam sekelip mata dan DIA jugalah yang berkuasa untuk menghapuskan perasaan cinta dan sayang yang kita dah bina dalam sekelip mata.

Nampak tak? Hanya DIA yang mampu membolak balikkan hati kita ni. Boypreng dengan girlpreng kita boleh ke buat macam tu? Diaorang tak boleh buat sebab diaorang bukan pemilik hati kita dan yang paling penting, diaorang bukan pencipta kita. Hanya Pencipta kita iaitu ALLAH je yang berkuasa buat semua tu. Sebab tu lah orang selalu cakap, "cintailah seseorang itu kerana ALLAH, bukan kerana paras rupanya, hartanya, ilmunya atau apa apa kelebihan dan keistimewaan yang ALLAH beri padanya. Sebab perasaan cinta dalam hati kita tu akan hilang andai hilangnya kelebihan dan keistimewaan yang ALLAH beri kepada si dia." Mimie tengok zaman sekarang ni budak budak remaja (especially yang masih bersekolah) bila bercinta, bukan main lagi 'i milik u' lah, 'hanya u seorang di hati i' lah apa lah. Adik adik sayang, meh sini dengaq ye apa yang akak nak cakap (cewahh,, mentang mentang umoq dah masuk 20an, dah ada pengalaman, boleh lah mentarbiah orang sikit. Hehe). Nak bercinta tu boleh, bukan tak boleh tapi kalau boleh, beringat dan berpadalah lah ea sayang. Bercinta biarlah mengikut syariat Islam. Kita kan orang Islam, ada nilai nilai murni yang kita perlu ikut dan. Ini lah yang membezakan kita antara orang Islam dan orang bukan Islam.

Lagi satu nak ingatkan, jangan lah bercinta bagai nak rak sangat macam orang yang dah berkahwin sebab nanti takut diri sendiri yang kecewa di kemudian hari. Jangan kita mengharapkan sesuatu yang tak pasti akan jadi ataupun tak. Kita berserah je lah pada Allah. Kalau kita gagal dalam satu hubungan tu, jangan kita menuding jari sesama sendiri, saling menyalahkan. Kita kena istiqomah. Kita kena fikir balik kenapa agak agaknya hubungan kita tu tak menjadi. Mungkin Allah tak redha dengan hubungan kita tu. Siapa tahu kan? Apa pun setiap perkara yang terjadi tu mesti ada hikmahnya, mesti ada kebaikannya. Allah sayang hamba hambaNya. DIA tak akan mendatangkan sesuatu ujian yang tak mampu ditanggung oleh umatNya. Kita ni sebagai hambaNya je yang tak kuat menganggung ujianNya sebab kita tak berpegang dan percaya padaNya. 

Believe in Allah. Ada hikmah disebalik setiap ujian yang diberiNya. :)
23 February 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. :)

Apa khabar semua? Macam mana dengan perjalanan hidup hari ni? Is it going smoothly or there's so much problems that coming through your day? Biasalah tu kan kalau hari hari yang kita lalui dilanda masalah walau sekelumit je pun. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia nak bagi kita pahala andai kita bersabar dengan ujianNya. Seronok tu dapat pahala dengan mudah. :) Memang iman kita kadang turun dan naik. Kadang tu kita tak boleh nak jadi penyabar dengan ujian Allah. Kadang tu kita terlepas juga marah walau dah ditahan tahan hati ni supaya bersabar. Nama pun manusia biasa kan, takkan terlepas punya dari membuat kesilapan dan kesalahan walau sebesar zarah sekalipun. Tapi satu je lah, jangan kita pernah hilang kepercayaan kepada Yang Maha Kuasa, Allah S.W.T.

Bila kita dilanda sesuatu masalah, kita mesti akan tanya, "kenapa semua ni berlaku kat aku?", "kenapa dia buat aku macam ni?", "kenapa aku tak pernah nak dapat kebahagiaan?". Kenapa kenapa kenapa dan kenapa. Kita mesti akan mempersoalkan ujian yang Allah berikan kepada kita. Well, nama pun manusia biasa kan. Instead of kita mempersoalkan itu dan ini, why not kita bersyukur atas setiap pemberianNya walaupun pada kita, ianya menyakitkan. Kita sebagai hambaNya, kenalah positive thinking. Tanamkan dalam hati dan fikiran kita, ada kebaikan atas setiap dugaan yang Dia beri sebab Dia pencipta kita. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia yang tentukan takdir dan perjalanan hidup kita. Yang penting, kita kena selalu istiqomah, dan bersangka baik dengan Allah. Mimie ni pun bukannya baik dan sempurna sangat. Ada juga cacat celanya. Tapi sebagai manusia biasa, kita diharuskan untuk ingat mengingati dan saling nasihat menasihati sesama kita. Hari ni maybe mimie bagi nasihat dan ingatkan orang, tapi mana tahu esok lusa mimie yang lalai, orang lain nasihat dan ingatkan mimie pula kan. Sekian terima kasih. Setakat ni je lah tazkirah untuk hari ni ye. Renung renungkan dan selamat beramal. :D

Baby Thia. :)
08 February 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.



Hye!!!!!
Assalamualaikum semua!!!! :D
Saya lah Athia Tihani yang acik mimie dok sebut sebut tu.
Acik mimie cakap dengan mama saya yang dia rindu saya.
Dia suruh mama saya bagi gambar saya untuk lepas rindu.
Awwww!!! Soo sweet lah acik mimie ni.
Comel tak kita dalam gambar ni??
Hehe. 
Kita kecil lagi.
So, kerja kita minum susu, tidur, minum susu, tidur je lah.
Acik mimie cakap kita ringan sangat.
Tak best nak pegang.
Aunty nora kita pun takut nak pegang kita sekarang ni sebab kecil sangat.
Sedih kita. :'(
Tak apa, acik mimie dengan aunty nora tunggu kita besar sikit ea.
Nanti kita main sesama.
Jangan lupa belikan kita teddy bear yang omey omey tau nanti. :D




New family members. :D
ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. :)

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 2 tahun 2014. Cepatnya masa berlalu kan? Kepada sape sape yang lahir bulan 2, mimie nak ucapkan selamat hari lahir. :) Hmm. dengan tak disangka sangka, sekarang dah masuk 10 minggu mimie berada di sem 6. It's mean that mimie ada lagi a month je untuk prepare for final sem akhir ni. OMGGGGGG!!!!!! Seram makkkk!! Minggu ni je jadual mimie memang pack gila sebab penuh dengan test, presentation, and assignment. Sangat memenatkan okay minggu ni. I sampai tak cukup tidur uolllssss. Tapi dalam busy study, buat assignment tu semua, of course lah mimie sempat lagi main internet kan. Online FB, Twitter tu wajib macam rilek and tak ada apa apa test pun. Hehe. Tapi tengah tengah malam bersengkang mata lah untuk study. Pepagi buta pula bangun untuk sambung study. Dapat tidur pun dalam 2 3 jam je. Sekarang bila semua test, presentation and assignment dah settle, barulah dada ni rasa lapang sangat dan mimie pun dapat berehat dengan secukupnya. Syukur alhamdulillah. :)

Okay, back to the main story. Sebenaqnya kan, kita dapat anak saudara baru!!! Yeay!!! Excitednyaa!!! :D Akak sedara mimie baru bersalin 24/1/2014 hari tu. Dia dapat baby girl. Comel sangat sangat!!! Geram cek. It's supposed masa raya cina tu mimie tak balik JB tapi disebabkan terlalu excited bila dengar akak sedara dah bersalin, lebih lebih lagi bila mak long mimie tunjuk gambar baby tu, mimie jadi tak sabar nak balik JB. Mimie balik JB dengan aunty nora dia, merangkap adik kepada mama dia. Pukul 5.30 kitaorang gerak dari Bangi. Excited punya pasal, balik pepagi buta dengan tak cukup tidur pun tak apa lah. Sampai je rumah akak sedara mimie tu, kitaorang terus je serbu bilik nak tengok baby. Nama baby tu ialah ATHIA TIHANI. Sedap dan unik kan nama tu? Hehe. Baby thia tu ringan sangat masa mimie dukung. She just 2.6kg masa dilahirkan. Tak best lagi untuk didukung. Kena tunggu dia besaq sikit baru sedap nak dukung. Hehe. Tak sabar nak tunggu dia besar. Bila pegang baby, kekadang tu mimie terasa nak ada baby sendiri. Dalam hati selalu tertanya tanya, "bila lah aku nak kahwin ni?" Hahaha. Dah tua lah katakan. Ibu dengan ayah pun dah bagi green light untuk cari calon tapi tu lah dia. Bayang dah nampak dah tapi kabur kabur. Hahaha.

Sukan Rakyat DiIA Club Family :D
23 January 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

17/01/2014 hari tu club mimie iaitu club DiIA stands for Diploma in Investment Analysis, buat sukan rakyat untuk semua ahli kelab kitaorang. It's so fun!!!! :D Syukur alhamdulillah ramai juga adik adik junior kesayangan saya yang menghadirkan diri ke acara tu especially kepada adik adik junior yang sekarang ni berada di sem 2. We're ( the seniors and Miss Aida, our club advisor ) shocked bila tengok attendance, ramai junior sem 2 yang datang but at the same time kitaorang bersyukur dan happy sesangat sebab diaorang sudi juga join acara tu. Mimie tak ada gambar nak ditunjukkan sebab yang jadi photographer club kitorang adalah cik wawa merangkap classmate kita yang comel. Hehe. So, gambar semua ada kat dia.

Game yang dibuat untuk sukan rakyat tu ada 7 tau. Game dia adalah Pelekat Soccer, Bola Beracun, Bowling Kelapa, Dodge Ball, Maruahku, Runningman and lagi satu mimie tak ingat game apa. Hehehe. Banyak sangat makan semut tu yang jadi pelupa tu. Kitaorang dibahagikan kepada 5 group yang mana 1 group ada 6 orang. First game iaitu pelekat soccer senang je main dia. Cuma cabaran dia je lah yang tak berapa nak senang buat sesetengah orang. Cara main game tu adalah setiap satu kumpulan akan ada 2 penghujung. 3 orang ahli kat penghujung pertama dan yang lain kat penghujung lagi satu. Setiap ahli kumpulan kena tendang bola sampai penghujung sambil pakai kain pelekat then akan bertukar orang, tapi cabarannya adalah kena tendang bola dengan berkain pelekat sambil pegang katak. Maunya tak melompat orang yang geli dengan katak. Siap boleh buat pertandingan siapa jerit paling kuat lagi tau. Haha. Bukan perempuan je yang geli dengan katak, lelaki pun ada juga yang geli dengan katak tau. Game ni group mimie dapat tempat last. Sedih kita. :(

Game kedua pun agak mencabar juga. Salah seorang ahli kumpulan kena tangkap bola iaitu belon berisi air masuk ke dalam kain pelekat sambil meletakkan sudu berisi bola ping pong kat mulut. Ahli kumpulan yang lain pula akan baling belon berisi air tu kat orang yang pegang kain pelekat tu. Belon tu mesti masuk dalam kain pelekat dan bola ping pong tak jatuh, baru dikira markah. Dalam game ni pun group mimie kalah. Hahaha. Next game adalah bowling kalau tak silap. Haaa. Game ni pun group mimie kalah juga. Bowling a.k.a kelapa yang AJK kebas kat pokok kelapa KPTM Bangi tak nak kena kat botol botol yang bersusun cantik kat depan kitaorang. Setiap kali ahli kumpulan mimie baling je, mesti kelapanya meloncong ke tempat yang tak sepatutnya. Haih. Sabaq je lah. Buah kelapa tu ajak bergurau dengan kitaorang. Game dodge ball mesti korang tahu macam mana kan? Mimie tak reti nak explain game ni macam mana sebab mimie sendiri tak faham game ni macam mana sebenarnya. Haa. Kan cakap pun dah berbelit belit. Game maruahku adalah game di mana kitaorang kena susun semula lukisan bendera yang kumpulan kitaorang buat kepada bentuk asal setelah flag kitaorang tu telah di cerai beraikan oleh AJK yang terlibat. Dia lebih kurang macam puzzle juga lah. Nasib baik senang nak combine semula flag tu. Group mimie dapat 3rd place time ni.  Haa. Yang last game ni mimie confirm semua orang tahu punya. Tengok runningman kan? Kitaorang main game macam runningman lah, main cabut cabut tag. Game ni group mimie menang. Hehehe. Ahli kumpulan mimie yang main adalah fareez a.k.a faz dan juga nazrin a.k.a arin. Baguih betul diaorang bab tarik tarik tag ni.

Lepas habis je game tu semua, kitaorang lunch. Bila semua dah habis lunch, kitaorang buat surprise kat miss Aida sebab a day before sukan rakyat tu birhday dia. Kitaorang beli sampai 2 biji kek. Almaklumlah, club members yang datang ramai. Hadiah pula beli sampai 2. Terharu miss bila kitaorang buat surprise untuk dia. Debak debuk debak debuk, pukul 1 macam tu baru kitaorang balik rumah. Sangat penat okay, tapi dalam masa yang sama, I'm having fun with my lovely club member's. Bila buat aktiviti macam tu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Syukur alhamdulillah. :) Mimie akan rindu saat saat macam ni sebab ni last sem mimie. :')

new past