04 May 2011, ϟ 3 shout(s)

Assalamualaikum,,

aku baru lepas habis baca novel ni..

|
|
|
|
|
|
|
v

Rindu Di Awan Biru
sinopsis: JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami. Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia Œbercina buta¹ untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya? 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
oke.. cerita ni best lah jugak.. awal-awal cerita ni memang macam ta best sebab penulis memulakan cerita ni dengan menceritakan zaman kanak-kanak Hanan.. sumpah ta best ( pada aku lah ) baca bab pertama dia.. tapi aku gagahkan diri jugak untuk baca.. semput tu aku na menghabiskan baca novel ni.. kalau ikutkan hati, memang aku ta na pandang pun novel ni.. tapi bila mengenangkan yang aku da melabur duit untuk beli novel ni, aku baca lah jugak sampai habis.. lama kut aku na habis baca novel ni.. ta macam novel-novel yang sebelum-sebelum ni aku baca.. novel yang aku kasi mylovelymissfatyn pinjam, semuanya aku habis baca dalam 2 3 hari gitu.. tapi novel ni, aku ambik masa berminggu-minggu gak untuk habiskan pembacaan.. almaklum lah, orang busy lah katakan ( busy lah sangat ).. tapi bila da masuk bab 3 4, aku rasa seronok pulak na teruskan pembacaan.. aku sampai feeling sendiri baca novel ni.. kekadang aku rasa aku ni macam orang gila bila baca novel ni.. time aku baca novel ni, aku akan tersenyum, ketawa, and menangis sendiri.. feeling beb.. tapi aku memang seronok baca novel ni.. time aku baca novel ni, aku sempat lagi membayangkan 'seseorang' ni menjadi salah satu watak dalam novel ni.. kan mylovelymissfatyn kan??.. mylovelymissfatyn sorang je yang tau siapa 'seseorang ' yang aku maksudkan tu.. :)

new past