Hari paling memenatkan.
19 November 2011, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum semua. :)

semalam adalah hari pendaftaran untuk sem 2 mimie di KPTM Bangi. semalam mimie memang penat sangat sangat sangat sangat sebab uruskan hal pendaftaran. semalam mimie sampai bangi lambat tau sebab abang mimie bawak kereta lambat. mimie sampai kampus dalam pukul 12 lebih. sampai2 je kampus, mimie terus pergi daftar. itu pun mimie daftar tak habis. hari isnin nanti mimie settle habis pasal pendaftaran. lepas daftar kat kampus, mimie nak daftar hostel pulak tau. sampai je kat hostel, tengok2 pejabat tutup sebab pekerja dia semua pergi lunch. kalau nak ambik kunci bilik, mimie kena tunggu sampai pukul 2.30. so, nak taknak, mimie angkut balik semua barang2 yg mimie dah keluarkan dari kereta, bawak masuk kereta balik. bayangkan betapa penatnya mimie time tu. sementara nak tunggu pukul 2.30, mimie dengan family pergi post laju kejap sebab nak post barang makcik yang tertinggal.

tepat pukul 2.30, mimie gerak balik desasiswa KPTM Bangi. mimie dapat bilik kat tingkat 2, tapi serius bilik mimie tu membosankan + menyeramkan. mane taknya, bilik mimie dah la terperuk kat hujung. kat tempat mimie tu cuma ade 4 buah bilik je. bayangkan lah. lepas tu, kalau mimie bukak tingkap bilik je, benda pertama yang mimie nampak adalah rumah yang baru siap. belum ada orang yang tinggal kat situ lagi. then, yang paling harunya, mimie dapat katil tingkat atas. dengan takde tangganya. mimie tak tau la macam mane nak naik katil. lepastu katil mimie tu dekat pulak dengan kipas. silap2 hari bulan, kepala mimie boleh terputus sebab kena kipas. toilet dia pun tak best. pokok pangkalnya, mimie tak suka dengan bilik mimie yang sekarang. mimie nak bilik lame mimie balik. mimie nak roommate lame mimie balik. mimie tak kira, next week mimie nak tukar jugak bilik. tak boleh hidup kalau duduk kat bilik mimie yang sekarang lama2.

new past