Bukit Merah ♥
30 December 2011, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum semua. :)

Hari jumaat lepas bersamaan 23 December 2011, mimie dengan family mimie pergi bercuti dekat Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). Actually, kitorang pergi utara sebab sepupu ibu mimie buat wedding kat utara. Sepupu ibu dapat isteri orang seberang perai. That's why la kitorang pergi utara. Wedding sepupu ibu hari sabtu, tapi kitorang gerak pergi utara hari jumaat. Kitorang menginap dekat BMLR, Perak. Pagi pagi lagi dalam pukul 10 macam tu, mimie dengan family dah gerak dari KL. Ni ade gambar sikit before and time kitorang kat Perak.


Before gerak pergi Perak, kite bergambar dulu ye. :)




Time ni kitorang kat bawah jambatan Sungai Perak. Atas jambatan tu highway Sungai Perak.


Poppy (kucing adik sedara) pun nak bergambar jugak.


 Ibu, makngah, atuk and mak andak.


Ibu dan ayah saya.  ♥ ♥


Ibu with my little sister.


Saya sayang adik saya. (walaupun selalu bergaduh. hehe.)






Atuk saya yang tercinta. :)



Adik dan adik sedara saya. Bajet macho pulak diorang.




Nampak tak betapa sibuknya saya masa tu?


Paklong dan maklong saya.


Ehem. Tiga anak dara pingitan. hehe


Pakngah saya. 


Rombongan 7 buah kereta.


Depan Bukit Merah Laketown.


Time ni kat kolam resort, tempat kitorang menginap.


Pakcik saya sempat lagi main pool malam hari pertama kitorang menginap.


Suasana kat BMLR dari bilik kaum wanita. 

Masa on the way nak pergi BMLR, kitorang stop kejap dekat R&R Sungai Perak. Kitorang berjalan dan ambil gambar bawah jambatan Sungai Perak. Then, kitorang pergi makan tengah hari dekat pondok kat area area situ jugak la. Mimie dengan akak sedare mimie terpaksa layan family kitorang yang lain makan. Kitorang jadi waitress tak berbayar hari tu. Kitorang sampai jadi orang yang terakhir makan sebab sibuk sangat melayan family kitorang yang lain.

Bila dah sampai Bukit Merah, kitorang ternampak gerai kat tepi jalan. So, kitorang pun berhenti beli air and makanan sikit. Lepas dah beli makanan semua, pakngah mimie jadi guidance sebab before this dia pernah menginap dekat BMLR. Resort depan belakang gerai kat tepi jalan je padahal. Tapi pakngah mimie boleh pergi jalan lagi kedepan sebab dia lupa jalan. haha. Terpaksa la kitorang semua patah balik sebab salah jalan.

Sampai je resort, kaum lelaki dengan kaum wanita tidur bilik berasingan sebab pakngah mimie cuma tempah 2 buah bilik je. Bila masuk je bilik, masing masing mulut melopong sebab terkejut. Bilik tu kecil. Katil ada 2 buah, tapi single bed. Kitorang yang duduk kat bilik tu dah la ramai. Katil terpaksa digabungkan. Yang tidur atas katil cuma atuk dengan 2 orang makcik mimie je. So, yang lain tu terpaksa la tidur kat atas lantai dengan atas sofa. Kesian kitorang. Yang kanak kanak memang dah tak nampak batang hidung sebab masing masing dah pergi  kolam renang. Diorang masuk masuk je bilik terus tukar baju and pergi kolam.

Bila time makan pulak, bilik kaum wanita memang akan menjadi tempat untuk menyimpan dan menyediakan makanan. Memang berselerak + berserabut la kan bilik tu. Haish. Tapi apa pun, best la jugak kat situ. :)

p/s: sorry kalau entry ni amat membosankan.

new past