LPKP 1
10 December 2011, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum semua.
Sabtu dan ahad lepas mimie dengan budak budak sem 2 yang lain ade LPKP 1 dekat kampus tau. first day LPKP tu amat membosankan sebab kitorang just dengar ceramah dari pagi sampai petang. sakit pinggang kitorang duduk kat dalam dewan lama lama. yang bestnya time ceramah tu kan, ade student yang boleh bantai tidur mase penceramah bagi ceramah. ade student yang main tangkap gambar orang tengah tidur. mimie? mimie pulak boleh bantai dengar lagu guna earphone. lepas tu main WORD SEARCH. buku WORD SEARCH mimie memang asyik bertukar tangan je la time tu.mula mula syida buat WORD SEARCH, lepastu syira, lepas syira mimie, lepas mimie, sara. lepas tu buku tu bertukar tangan balik. haha. memang kelakar gila time tu. bila penceramah tu datang dekat tempat duduk kitorang, cepat cepat kitorang buat buat focus dengar ceramah dia. haha. teruk kan kitorang?
tapi tu cuma cerita hari pertama LPKP 1. hari kedua LPKP 1, best sangat. kitorang kena buat group sendiri tau. dalam satu group tu limit sampai 20 orang je. group mimie ade 19 orang. kitorang punya fasi adalah mentor mimie. mentor mimie buat aktiviti memang best. dengan adenya LPKP ni kan, mimie actually dapat communicate dengan lebih baik di depan ramai orang, dapat kenal ramai lagi kawan, and dapat belajar sesuatu yang baru. antara banyak banyak aktiviti yang fasi kitorang buat, mimie paling suka aktiviti menulis wasiat.
fasi mimie suruh kitorang semua buat wasiat untuk orang yang tersayang andai kata hari esok kita dah tak ada lagi di dunia. kitorang pun buat la wasiat. lepas tu fasi kitorang suruh kitorang bace wasiat kitorang. tapi tak semua orang kena la. beberapa orang je yang kena. yang pasti, mimie tak kena. sorang sorang bace wasiat diorang. sampai je kat wasiat syira, mimie menangis. wasiat syira, kembar die yang bacekan, syida. bila syida bace je wasiat tu, mimie terus menangis. bak kate shabil, "diorang belum apa apa lagi, kau dah menangis dulu,". mane taknya, mimie ni roommate diorang selama 2 sem. mimie tau macam mane diorang. mimie dah kenal sangat dengan diorang. that's why la mimie sedih sangat sangat. lepas si kembar, giliran classmate mimie, lelaki, bace wasiat die. time die bace pun mimie nangis jugak. bukan mimie and budak budak perempuan je menangis, dengan die die sekali menangis. aktiviti tu memang aktiviti yang paling best and paling sedih.
new past
