Cerita.
16 April 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum w.b.t. :)

Post ni mimie just copy paste dari blog kawan mimie je. Dia bagi green light untuk mimie copy paste post dia. Heee~~~ Thanks sayang. Love you. muah muah muah. Haha.

Boy: Awak, maafkan saya.
Girl: Ya. Kenapa awak minta maaf?
Boy: Sebab saya dah tinggalkan awak. Saya dah sakitkan hati awak. Saya korbankan cinta awak demi cinta orang yang lukakan hati saya dulu. Maafkan saya. Please.
Girl: :)
Boy: Kenapa awak senyum? Kenapa diam je? awak maafkan saya?
Girl: Ya. Saya maafkan awak.
Boy: Betul?
Girl: Betul. Dah lama dah saya maafkan awak. Tapi...
Boy: Tapi apa?
Girl: Tapi,, tak mungkin saya terima awak lagi.Sebab semalam awak meninggalkan saya tanpa kasihan, tanpa mempedulikan saya, tanpa menghargai hati saya, demi orang yang awak cintai. Dulu,,saya pernah ubati luka awak, saya rawat awak, saya beri cinta dan kasih sayang saya untuk awak sampailah awak sembuh. Lepas tu, awak dah kembali ceria. Tapi, "virus" tu datang lagi. Awak buang ubat awak. Awak rela diserang "virus" tu lagi. Sekarang, awak sakit lagi. Dan hari ni, awak mula memerlukan ubat tu. Awak ingat tak? Awak dah buang ubat tu, dan tak mungkin awak akan menjumpai ubat yang sama. Carilah ubat lain. Kerana tak mustahil jika awak sembuh lagi dengan ubat yang sama, awak akan buang lagi ubat tu. :')
Boy: Awak,,
Girl: Itulah namanya TAKDIR CINTA. Assalamualaikum. :)

Okay. Agak sedih cerita ni. So, moral of the story, jangan lah kita sia-2 kan apa yang telah ada di depan mata kita. Hargai lah orang yang telah menyayangi kita kerana mungkin kita tidak akan berjumpa dengan yang lebih baik darinya. :)

new past