Perubahan.
26 April 2012, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum w.b.t.
Kadang-2, dalam sesuatu hubungan tu, kita perlu melakukan perubahan untuk mengekalkan hubungan yang terjalin. Tapi jangan la kita berubah ke arah keburukan, sebaliknya kita perlu berubah ke arah kebaikan. Memang betul ada petikan yang mengatakan "kita perlu jadi diri sendiri, bukan menjadi seperti yang orang diminta". Kadang-2, bila terlalu menjadi diri sendiri dan tak ingin melakukan perubahan, itu boleh merosakkan sesebuah hubungan. People change right? Bezanya cuma cepat atau lambat je kita melakukan perubahan.
Pada mimie, kalau kita nak berubah ke arah kebaikan, eloklah dipercepatkan niat tu. Takut satu hari nanti kita akan menyesal kerana tak sempat berubah. Kalau ada yang beniat nak berubah ke arah keburukan tu, fikirkan la beribu-ribu kali untuk melakukan perubahan. Kalau boleh, jangan terniat langsung di hati nak berubah ke arah keburukan. Bila kita semakin dewasa, semakin banyak dugaan dan cabaran yang kita terpaksa tempuhi. Banyak liku-2 kehidupan yang kita terpaksa hadapi. Dari dugaan dan liku-2 kehidupan yang terjadi pada diri kita la yang akan mematangkan pemikiran seseorang tu. Semakin dewasa, kita akan menjadi semakin matang kerana kita telah belajar erti sebuah kehidupan. Kita akan berubah demi orang-2 yang disayangi dan kita akan berubah bila mengingati balasan Allah s.w.t. serta hari kiamat. Sama-2 lah kita berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah. :)
new past
