Pujuk.
06 May 2012, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum w.b.t. :)
Semua orang suka dipujuk kan? Bila kita merajuk, lepas tu ada yang pujuk, lebih-2 lagi orang yang pujuk kita tu kekasih hati kita, mesti kita akan rasa happy dan rasa kehadiran kita dalam hidupnya dihargai. Selalunya yang kuat merajuk ni, orang perempuan. Biasa la tu kan. Orang perempuan kan sensitif. Orang perempuan ni bila merajuk, dia tak minta banyak. Dia cuma minta kekasih hatinya memberikan sedikit perhatian dan kasih sayang kepada dia je. Tak semua perempuan yang bila merajuk je minta jam tangan mahal-2, shopping baju mahal-2 semua. Tu typical perempuan yang agak materialistik (bagi perempuan yang still bergelar kekasih la. Kalau dah sah jadi isteri, tak kisah la kalau dia nak mintak barang tu semua daripada suami dia). Kalau perempuan tu betul-2 sayang dan ikhlas dengan kekasih hatinya, dia tak kan minta banyak. Cuma si kekasih perlu la lebih banyak meluangkan masa dengan dia.
Nak pujuk orang perempuan ni bukannya susah. Bukannya macam cerita dongeng puteri gunung ledang yang hendak dipinang oleh sultan Melaka, dia minta sultan bina sebuah jambatan emas dari Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang dibina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda. Orang yang paling kaya kat dunia pun tak mampu nak buat semua tu. Inikan pulak orang biasa. Orang lelaki tak perlu sampai nak menggapai bintang di langit semata-2 nak pujuk kekasih da.
Bintang mana boleh disentuh dan digapai. Semua benda-2 tu mengarut dan mustahil untuk seorang manusia buat. Walaupun ada pepatah yang mengatakan, "nothing is impossibble in this world", benda-2 macam ni memang dan confirm impossible untuk seorang manusia lakukan. Manusia yang bijak, dia akan menggunakan akalnya dengan sebaik mungkin. Dia tak kan buat kerja-2 gila macam tunaikan permintaan puteri Gunung Ledang, gapai bintang di langit semua. Tahap kebolehan manusia pun ada batasnya. So, kepada orang lelaki, kalau kekasih kamu merajuk, pujuk lah dia dengan kasih sayang, bukan dengan wang ringgit atau harta benda. Pujuk lah kekasih kamu dengan seikhlas hati, bukan kerana terpaksa. Berusaha lah untuk memujuk kekasih kamu sehingga hatinya kembali lembut. Jangan hanya memujuk sekerat jalan, kemudian kamu marah dia hanya sebab dia merajuk. That's not true love. :)
new past
