Senyum. :)
06 May 2012, ϟ 0 shout(s)
Assalamualaikum w.b.t.
Setiap orang yang senyum sentiasa, tak bermakna dia tidak ada masalah. Setiap orang yang sentiasa senyum, tidak bermakna kehidupan dia hari-2 gembira dan tidak ada masalah. Setiap orang yang senyuman dia tak lekang daripada bibir, tidak bermakna yang dia tidak menyimpan atau memendam seribu satu masalah yang melanda dirinya. Di luar, di hadapan orang ramai, mungkn dia nampak seperti gembira, seperti tidak ada masalah yang melanda dirinya. Tetapi di dalam hatinya, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya dia menanggung masalah. Di luar mungkin senyuman tidak lekang di bibirnya. Tetapi apabila dia di rumah, duduk bersendirian, air mata akan jatuh berjuraian tanpa dipinta. Di hadapan orang, mungkin dia kuat. Tapi kenyataannya, hanya dia dan tuhan sahaja yang tahu.
Seelok-2 nya senyum la walaupun kita dilanda masalah yang besar. Bila kita senyum, ini menunjukkan yang kita kuat menghadapi masalah yang menimpa walaupun kadang kala berjuraian juga air mata. Sentiasa la dikelilingi oleh sahabat dan ahli keluarga agar kita dapat melupakan masalah yang menimpa walaupun hanya untuk sementara.
p/s: Mencuba untuk senyum dan terus tersenyum walaupun jauh di sudut hati hanya Allah yang tahu. :)
new past
