Cinta
14 February 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. :)




C.I.N.T.A. Cinta ni terbahagi kepada banyak cabang. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada alam semula jadi, cinta kepada haiwan dan binatang, cinta kepada hamba-hamba Allah, cinta kepada kedua ibu bapa, cinta kepada ahli keluarga, cinta sesama umat manusia (lelaki dan perempuan) dan macam macam cinta lagi. Tapi kan, mimie nak tanya, apa makna CINTA? Is there anyone who can explain these word to me? Apa yang mimie tahu lah kan, cinta ni adalah satu sifat yang suci antara manusia dan manusia yang lain serta manusia dan tuhan juga rasulnya. Cinta ni bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi, dimiliki dan tidak mudah juga untuk dilupakan, dibuang serta dihapuskan macam tu je. Kita memerlukan effort yang kuat untuk memperolehi cinta supaya cinta tu akan sentiasa kekal bersama kita lebih-lebih lagi cinta daripada Allah dan kedua ibu bapa kita serta cinta daripada suami atau isteri. Bila dengar perkataan cinta ni macam best je kan? Macam seronok je dengar perkataan tu. Tapi hakikatnya, untuk mendapatkan cinta dan mengekalkan cinta tu bukan mudah dan bukan seseronok yang disangka.

Untuk mendapatkan cinta yang sebenarnya, kita perlu mengharungi pelbagai rintangan suka dan duka, pahit dan manis. Banyak dugaan yang akan kita lalui, banyak liku-liku yang akan kita hadapi dan banyak pintu-pintu yang akan kita buka untuk sebuah cinta sehinggalah kita bertemu dengan cinta yang sebenarnya, cinta yang sejati. Mimie pun tengah mengalami situasi ni sekarang. The 'him' that i've often told about is no longer be with me. I've lost 'him'. Mungkin mimie yang salah antara kami. Tapi, tak apalah. 'He' is the best thing ever happened in my life. Walaupun kita orang dah tak ada apa-apa sekarang ni, deep in my heart, me still love 'him'. I just can pray for 'his' happiness now because his happiness are my happiness too. Kalau betul dia adalah jodoh mimie yang terbaik, insyaAllah 'he' will be mine no matter what, no matter how hard we're going through the obstacles and no matter how far we are. 'Dia' akan jadi menantu kepada kedua orang tua mimie, bapa dan khalifah kepada mimie dan bakal anak-anak mimie, 'dia' jugalah yang akan menjadi pembimbing kami ke jalan Allah S.W.T seandainya dia benar jodoh mimie. Cinta adalah pelengkap hidup antara dua jiwa. So, carilah cinta bersandarkan kepada ajaran Islam. InsyaAllah cinta yang telah kita bina itu akan kekal selamanya.

new past