Exercise
14 February 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
Exercise? Kenapa dengan exercise? Mimie nak exercise ke? Ke nak ajak orang amalkan exercise beramai ramai? Haa. Ni mimie saje je nak cerita. Actually mimie dah pindah rumah sewa baru. Agak dekat lah juga dengan kolej kalau naik kenderaan yang beroda. Tapi jadi jauh bila berjalan kaki. Ada lah dekat 30minit jalan kaki dari kolej ke rumah. Fuhh. Mimie selalu lah juga jalan kaki dari kolej ke rumah sewa. Every week mesti mimie dengan roommate mimie, si kembar akan jalan kaki. Selalunya mimie akan balik jalan kaki dengan syida, si adik sebab si kakak, syira tak ada class hari jumaat. Kita orang selalu jalan kaki balik rumah setiap hari jumaat dengan keadaan yang panas terik tengah hari tu. Habis gelap muka kita orang. Tapi tu tak menjadi permasalahannya pun sebab sekurang kurangnya kita orang dapat saving untuk duit teksi sikit. Yelah kan, berat badan masing masing pun dah naik, so, kenalah exercise sikit *padahal rumah dekat je dengan stadium tapi malas nak bangun pagi pagi time hujung minggu*. Haha. Nampak tak tahap kemalasan kami di situ? Sehari sebelum tibanya hujung minggu, kita orang selalu plan nak pergi jogging esoknya kat stadium tapi bila hari yang dinanti nantikan tu dah tiba, hmmm,, nan hadonya masing masing nak bangun tidur. Masing masing tak rela untuk meninggalkan tilam dan bantal kesayangan walaupun untuk seketika. Memang cerita dia time tu kita orang exercise atas tilam, dalam mimpi je la.
new past
