Bila berpasangan
02 March 2013, ϟ 0 shout(s)

Bimillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahamatullah hiwabarakatuh. :)

Hmm. Sebenarnyakan, bila berpasangan ni kita mestilah faham memahami, saling bertolak ansur, saling tolong menolong dan sebagainya kan? Dan bila kita berpasangan ni, kita tak seharusnya saling salah menyalahkan antara satu sama lain bila bergaduh kan? Bila bergaduh ataupun dah putus atau yang sewaktu dengannya, kita tak patut dan tak perlu menyalahkan pasangan kita tu. Kita sepatutnya lihat pada diri kita sama ada kita ni dah betul 100% ke tidak dan kita sepatutnya cari salah silap kita dulu sebelum salahkan orang lain. I'm also like that before this and now I feel very regret about my past act. If I can turn back the time, I want to fix back my act. Tapi bila difikir fikir balik, ada hikmah disebalik semua kejadian tu. Kalau tak kerana kejadian tu, mimie tak akan sedar sampai sekarang. Kalau tak kerana kejadian tu, mimie tak akan kenal erti percintaan yang sebenar dan kalau tak kerana kejadian tu, sampai sekarang mimie akan still jadi mimie yang dulu sebab mimie tak pernah belajar daripada pengalaman.

Dulu, setiap kali mimie gaduh dengan 'dia' mimie akan selalu salahkan 'dia'. Bila baru baru putus pun sama juga. Semua tu sebab mimie ni ego. I feel like,"arghhh!!! Kenapa lah perangai kau macam tu dulu mimie?" But day by day, I've learn a lots of new things in life. Sekarang mimie dah tak salahkan 'dia' lagi. Mimie belajar daripada kesilapan. Mimie redha dengan semua yang dah terjadi antara kami. Harapan mimie sekarang ni cuma untuk tengok dia bahagia bersama orang yang dia sayang. Berdoalah yang baik baik andai kita sayang orang tu. Walaupun kita dah tak sayang orang tu lagi, kita patut mendoakan yang baik baik untuk dia sebab sebelum tu, dia pernah menjadi seseorang yang kita sayangi. We have to think positive and redha. Berdoalah kepada Allah, bercerita lah kepada Allah, luahkan lah segala apa yang terbuku di dalam hati kita kepada Allah andai kita tidak dapat menanggung sesuatu beban itu sendirian. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa berada di sisi umatnya dan sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

new past