Dugaan
10 March 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)
Siapa yang tak pernah terima dugaan sepanjang dia hidup kat muka bumi Allah yang indah ni? Mai sini habaq kat cek siapa yang tak pernah terima dugaan tu. Nampak sangat dia tipu kalau cakap macam tu. Setiap manusia dalam dunia ni tak kira Muslim or non-Muslim, semuanya Allah bagi dugaan. Allah bagi dugaan kepada setiap hambaNya tak kira umur, agama dan pangkat. Semua hambaNya Allah bagi dugaan sama rata yang membezakannya cuma cara mereka terima dugaan dan bagaimana mereka mengatasi dugaan yang datang tu. Mimie ni pun selalu diduga oleh Allah SWT. Even sekarang ni pun mimie sedang diduga. Malah, dah lama sebenarnya mimie diduga. Masa mula mula tu agak susah lah juga nak kawal perasaan, terima dugaan, redha dan yakin bahawa setiap ketentuan Allah tu ada hikmah disebaliknya. I am such a child at that time. Tapi bila dah lama lama, mimie belajar untuk kawal perasaan, dan redha atas ketentuanNya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. I'm being more matured now. Every second I'm learning about life. Setiap saat mimie akan bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala ketentuan dan dugaanNya.
Mimie bersyukur kerana Allah telah mengurniakan mimie sahabat yang sentiasa bersama mimie di kala suka duka. Walaupun perangai diaorang kadang kadang membuatkan mimie rasa macam nak cekik sorang sorang, marah, menangis dan banyak lagi perasaan yang timbul, mimie sayang sangat sangat kat diaorang. Mimie sayang syida, syira, nabil, fatyn, fiza dan naqiuddin. Kadang kadang mimie rasa perangai diaorang tu menjengkelkan tapi bila difikir fikir balik, mimie pun ada buat perangai yang menjengkelkan diaorang cuma mimie sedar dengan tak je perangai mimie tu. Mimie juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia walaupun hidup tak sesenang orang lain, tapi kami gembira. Mimie sedih dalam gembira. Tapi perasaan gembira tu lebih menguasai diri. Terima kasih ya Allah, terima kasih sahabat, dan terima kasih keluarga yang tercinta. :')
new past
