Bercinta tak semestinya memiliki
20 April 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)
Macam yang kita semua tahu, bila kita bercinta, tak semestinya kita akan memiliki orang tu. Tak semestinya kita ada jodoh dengan dia. Bukannya bila kita bercinta dengan si A itu bermakna yang kita boleh cakap, "si A ni jodoh aku. Dia aku punya. Dia akan jadi suami aku." Kita janganlah terlalu yakin dengan andaian kita yang belum tentu lagi termakbul. Jodoh pertemuan semua ketentuan Allah. Kita perlu serahkan segala galanya kepada yang Maha Kuasa. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, hambaNya. Berserahlah pada yang Maha Esa. Berdoalah padaNya andai kita menginginkan hubungan yang telah kita bina, menjadi halal disisiNya. Kita perlulah ikhlas mencintai seseorang itu kerana Allah SWT bukan kerana harta benda, paras rupa dan segala yang ada padanya yang bila bila masa sahaja boleh hilang kerana ia adalah pinjaman sementara daripada Allah SWT kepada orang itu.
Andai kata kita berjodoh dengan orang yang kita cintai, bersyukurlah. Peliharalah ikatan kasih sayang yang telah halal disisi Allah itu sehingga ke syurga, sehingga ke Jannah. Bentuklah keluarga yang telah dibina itu menjadi sebuah keluarga yang sakinah dan barakah. Tetapi andai kata kita tidak berjodoh dengan dia, jangan lah kita berdendam. Redha lah atas ketentuan Ilahi. Terimalah qada' dan qadarNya. Ikhlas dan sabar lah kita dalam menjalani ujian dariNya. Yakinlah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan. Janganlah kita memutuskan ikatan silaturrahim yang pernah kita bina sebelum itu hanya kerana dia dan kita tak bersama kerana sesungguh Allah amat tidak suka dengan sesiapa yang memutuskan ikatan silaturrahim. Seandainya kita sayang seseorang tu, janganlah sesekali kita berbuat perkara yang dilarang Allah SWT terhadapnya. Astaghfirullahal adzim.

new past
