Berubah
20 April 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)
Pernah tak kita rasa kita nak sangat orang orang yang dekat dengan kita, yang kita sayang, berubah ke arah kebaikan? Mesti pernah kan. Kita mestilah nak tengok orang yang kita sayang berbuat kebaikan dan mendapat redha Allah. Betul tak? It's the same with me. Mimie nak sangat tengok orang orang yang mimie sayang berbuat baik dan yang penting, hidup diaorang diredhai Allah. It's not easy to change people and advice them to do something good. Kita nak ubah orang berbuat kebaikan, sedangkan diri kita sendiri masih lagi terumbang ambing dalam mendapat redha Allah. Diaorang mesti akan mempersoalkan diri kita dulu. So, sebelum kita nak ubah orang, kita kenalah ubah diri kita dulu ke arah yang lebih baik. Kalau kita dah berubah menjadi yang lebih baik, menjadi seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya, beriman dan bertakwa, insyaAllah nasihat kita akan diterima oleh orang lain. Paling tak pun nasihat kita tu akan menusuk di kalbu orang tu andai masa mula mula kita nasihat tu dia tak layan.
Nasihat dari seorang yang beriman dan bertakwa, lain daripada nasihat orang yang imannya masih goyah. It's same with me. Mimie cuba nasihatkan orang orang yang mimie sayang supaya berubah kepada yang lebih baik, tapi hasilnya tak ada langsung. Memang mimie yakin dengan Allah SWT. Mimie yakin yang satu hari nanti orang orang yang mimie sayang akan berubah juga tapi andai kata mimie tak mantapkan akidah, teguhkan iman, susah juga nak memberi nasihat pada orang lain. Kalau kita dah nasihat melalui lidah tapi tak jalan, berdoalah semoga orang tu berubah. Jangan pernah sesekali kita berhenti berdoa untuk kebaikan mereka dan jangan pernah sekalipun kita mengeluh jika doa kita tu masih tak dimakbulkan. Sesungguhnya Allah akan menunaikan doa kita cuma cepat atau lambat sahaja yang membezakannya. Kita perlulah tulus, ikhlas dan bersungguh sungguh dalam berdoa. Yakinlah kepada Allah, yakinlah atas keesaanNya, yakinlah bahawa Dia akan menunaikan doa hamba hambaNya. Sampai sekarang mimie tak putus harapan untuk melihat mereka berubah it's because I love them so much.
new past
