Meminta maaf dan memafkan lebih baik daripada berdendam
04 April 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
Haaa. Nampak tak tajuk entry mimie kat atas tu? Meminta maaf dan memaafkan adalah lebih baik daripada kita berdendam sesama sendiri. It's true right? Bila kita tak berdendam dengan sesiapa pun, hati kita akan rasa tenang dan aman je. Kita tak perlu fikir perbuatan apa yang patut kita balas kepada orang yang kita dendam dan tak suka yang amat sangat tu. Bila kita dengar je nama orang yang kita tak suka tu, kita mesti rasa annoying kan? Rasa tak selesa, menyampah, geram, sakit hati, semuanya bercampur baur. Bila kita berdendam dengan seseorang tu, kita tak akan rasa puas dan tenang selagi kita tak membalas dendam kita. Am I right? Yang paling teruknya, sometimes bila kita berdendam and nak lepaskan dendam kita tu, kita lepaskan dekat semua orang yang ada di sekeliling kita. It's so pathetic. Orang yang tak bersalah pun jadi mangsa keadaan kerana dendam. Kita tak rasa berdosa dan sakit ke bila kita simpan dan balas dendam? It's better if we just let the past be the past. Perkara yang dah lepas tu kita tak boleh nak ubah balik dan kita tak boleh kembali balik pada masa lepas. Kita patut jadikan perkara yang lepas tu sebagai satu pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk kita agar lepas ni kita akan lebih baik daripada sebelumnya. Yang paling penting ialah kita patut bersyukur atas segala dugaan yang telah Allah S.W.T beri kepada kita. Itu tandanya yang Allah SWT masih sayangkan kita.
Someone has once asked me why am I so good to him and my answer was it's because he didn't do anything bad to me. So, why would I mad and do bad things to him? Even though he has done something to me that make me angry and regret for my past action, I'm not blame it on him. Yeah, I'm also blaming him on the first time. Tapi sekarang mimie dah sedar yang mimie tak berhak untuk menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dia buat. Semua tu adalah kerja Allah SWT. Kita sebagai hambaNya tak layak untuk membalas perbuatan jahat orang lain terhadap kita. Kita pun patut ingat yang kita ni ada juga buat kesalahan pada orang lain dalam keadaan sedar atau pun tidak. So, stop blaming people. We sholud forgive and forget. Dendam tak akan bawa kita ke mana mana. Sampai bila kita nak berdendam dan sampai bila kita nak hidup dengan dendam?
So now, mimie nak minta maaf kepada sesiapa yang kenal mimie yang pernah terasa hati dengan perbuatan mimie selama ni sama ada mimie sedar atau pun tak. Mimie cuma seorang hamba Allah SWT yang lemah. Mimie tak sempurna sifatnya macam Nabi Muhammad SAW. Tapi insyaAllah mimie akan memperbaiki sifat mimie kepada yang lebih baik. InsyaAllah. Semoga Allah SWT pelihara kita semua daripada sifat yang keji. Amin ya rabbal alamin.
new past
