Bola ohh Bola
29 May 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

Semalam kalau diikutkan telah berlangsungnya pertandingan bola sepak piala FA antara JDT (Johor Darul Takzim) dengan Pahang Darul Makmur. Tapi sayangnya pertandingan tu terpaksa dibatalkan dan dipostpone pada hari lain gara-gara ada insiden yang tak diingini berlaku. Mimie tengok lah juga insiden tu sikit-sikit. Kat twitter pun kecoh pasal insiden tu. Fans JDT dan fans Tok Gajah bergaduh sesama sendiri gara-gara sebiji bola. Kerana sebiji bola diaorang boleh bergaduh. Sebiji bola je kot. Bola yang tak ada nilai pula tu. Tapi diaorang sanggup bergaduh. caci-mencaci, maki-makian sesama sendiri. Satu je mimie pelik, apa yang diaorang dapat dengan buat macam tu? Kalau jawapan diaorang ialah dapat puaskan hati, mimie nak tanya, hati puas tapi redha Allah dapat tak? Hati puas tapi pahala dapat tak? Tu lah dia bila dah fanatik sangat. Mimie pun minat juga tengok bola (semenjak dua menja ni demam bola sekejap. hehe) tapi tak adalah sampai nak over fanatik macam tu sekali.

Malu lah kalau orang luar negara nampak perangai orang Malaysia macam ni. Jangan saling tuduh menuduh, caci, maki semua. Tak elok. Jangan diikutkan sangat sifat amarah tu. Tu kan sifat syaitan. Syaitan bertepuk tangan tengok kita sesama umat Islam bergaduh dan saling caci maki. Masing-masing tak nak mengalah. Masing-masing nak menang. Susah lah kalau macam ni. Dah tak ada lagi dah sifat bersatu padu dalam diri orang Melayu dan umat Islam nanti. Sekarang ni orang Melayu dah berpecah belah. Semuanya gara-gara politik, bola. Lepas ni tak tahu lah sebab apa pula. Sedih bila tengok orang Melayu sekarang ni. Paling mimie sedih bila kaum perempuan pun sama juga mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak elok malah lagi hebat daripada lelaki. Ada yang bertudung pula tu. Malu lah sikit wahai kaum Hawa. Jangan menjatuhkan maruah diri sendiri. Astaghfirullah hal ad'zim.

new past