Musim cuti sekolah
29 May 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

Harini hati rabu. So, that's mean yang masuk harini dah 5 hari cuti sekolah bermula (termasuk sabtu dan ahad). Seronok lah budak-budak sekolah dapat bercuti panjang. Cuti panjang ni mesti ramai parents yang bawa anak-anak diaorang pergi picnic, travel tu semua kan? Yela, cuti 2 minggu nak dipenuhkan dengan aktiviti berfaedah bersama keluarga. Bukan selalu dapat berkumpul satu family kan. Masing-masing ada commitment masing-masing. Waktu cuti ni juga, ada orang yang buat majlis kenduri kahwin, pertunangan, dan macam-macam jenis kenduri lagi. Memang cuti 2 minggu ni penuh dengan aktiviti.

Mimie juga tak terlepas peluang sebab abang saudara mimie akan bersanding this saturday. Masa wedding dia kat Kelantan (belah perempuan) mimie tak dapat ikut sekali sebab tengah final exam. Bila abang saudara mimie dah selamat diijab kabulkan, makan bertambah lah lagi bilangan ahli keluarga mimie. Semakin membesar lah keluarga mimie. Bila berkumpul ramai-ramai time raya nanti mesti happening gila-gila punya. Mimie tumpang happy bila tengok abang dan akak saudara mimie masing-masing dah ada pasangan. Tapi dalam masa yang sama sedih lah juga sebab mimie, dan lagi 2 orang cousin yang hampir sebaya tak ada geng nak borak-borak dan jadi gila-gila sama-sama lagi. Yela kan sebab masing-masing dah ada commitment dengan partner masing-masing. Menyampah cek tau. Sometimes tu mimie rasa macam nak kahwin juga pun ada. Haha. Tpai tu angan-angan mat jenin je lah. Calon pun tak ada, nak kahwin macam mana kan? Lagipun belum tiba masanya lagi untuk mimie mendirikan rumah tangga. Banyak lagi yang perlu dibuat sebelum mendirikan rumah tangga. Commitment besar bila dah berumahtangga nanti. Hmm. Eh, apa-apa pun mimie nak ucapkan selamat bercuti lah ye kepada adik-adik yang bersekolah. :D

new past