PRU-13
07 May 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah.
Okay. Seperti yang semua sedia maklum, PRU-13 dah pun berakhir. Akhirnya, segala kempen mengempen tu semua pun tamat. Tak adalah kita dengar lagi perli memerli, caci memaki, fitnah memfitnah antara parti parti yang bertanding setiap kali diaorang melakukan kempen. Ye tak? Tapi sekarang ni walaupun PRU-13 dah habis, kenapa perang antara parti tak habis lagi? Astaghfirullahal adzim. Mimie sedih sangat bila tengok rakyat Malaysia dah tak bersatu, sepakat macam dulu lagi. Mimie ni bukanlah nak menangkan mana mana parti politik ke apa. Tapi kita sebagai rakyat, kita tak sepatutnya berpecah belah hanya kerana politik. Mana perginya negara Malaysia yang bersatu padu kaumnya satu waktu dulu? seriously mimie cakap, mimie makin takut dengan behaviour rakyat Malaysia sekarang ni. Kerana parti politik, diaorang sanggup belasah orang, bakar tempat parti politik yang diaorang tak suka dan macam macam lagi. Kenapa hardcore sangat dengan parti politik ni sampai sanggup buat macam tu? Apa yang diaorang dapat bila buat macam tu? Dapat kepuasan hati ke? Redha je lah kalau parti politik yang kita suka tu tak menang dalam PRU-13. Kita tak boleh nak buat apa.
Kita sebagai rakyat Malaysia, kena terima siapa pun yang jadi pemimpin kita. Asalkan pemimpin kita tu mesti Islam sebab negara kita ni adalah negara Islam. Dan yang penting, pemimpin kita tu mesti boleh jadi pemimpin yang baik untuk rakyat, yang boleh menjamin masa depan rakyat, bukan yang akan menjatuhkan rakyat sebab yang nak hidup kat Malaysia ni, bukan generasi kita yang sekarang ni je, tapi generasi akan datang pun sama. Kita kenalah fikirkan yang mana baik dan yang mana buruk untuk masa depan negara. Tegar sangat dengan parti politik pun tak boleh sebab orang orang politik tu tak menjamin pun untuk kita masuk syurga. Mimie nak suasana di Malaysia aman damai macam sebelum ni. Mimie nak sangat semua kaum di Malaysia bersatu padu semula.
new past
