UTM
07 May 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. :)

Tadi petang kan, pakcik mimie bawa mimie jalan jalan kat UTM sekejap tau. Sebenarnya bukan jalan jalan apa pun, pakcik mimie ada kerja sikit kat UTM tu. Bila masuk je dalam UTM, ramai yang teramat sangat orang kat situ tau. Rupa rupanya ada konvokesyen. Seminggu ni penuh dengan konvo je. Bila mimie tengok budak budak konvo pakai jubah, dalam hati mimie sebut, "Wow!!" Sangat lah teruja okay! Mimie dapat bayangkan diri mimie pakai jubah tu. Ya Allah, mudah mudahan mimie dapat lah juga merasa pakai jubah konvo tu. InsyaAllah. Aminn. Tiba-tiba mimie rasa tak sabar sabar pula nak sem 6, then konvo. I'm waiting for that all this time. Nak tahu tak? UTM tu besarrrrrrr sangat tau. Haha. Kita teruja tau bila dapat masuk UTM tu. Baru first time masuk lah katakan. Tu yang jakun banyak tu. Mata mimie tak lepas daripada pandang bangunan bangunan yang ada kat UTM tu.

Mimie memang impikan nak masuk universiti yang macam UTM tu. Tapi apakan daya, dulu masa sekolah bila parents suruh belajar rajin-rajin, mimie ni punya lah degil taknak belajar. MasyaAllah. Darah muda lah katakan. Ikut kepala angin sendiri masa tu. Last-last diri sendiri rasa menyesal sekarang ni. Haih. Jadikan ni sebagai pengajaran ye untuk adik adik yang masih sekolah. Jangan jadi macam akak yang dah tua bangka ni baru nak menyesal sebab tak belajar rajin rajin dulu. Kalau tak, mungkin kita dah boleh jejak kat universiti yang gah macam UTM tu. Sob sob. :'(  Sedih sungguh hati ni. Tapi tak apalah. Benda pun dah lepas kan. Hidup mestilah diteruskan. Perjuangan mestilah ditamatkan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Cewahh. Gaya macam tengah berperang pula kan? Haha. Tak apalah. Apa apa pun, chaiyok mimie!!! Teruskan perjuanganmu!! :D

new past