Waktu dulu-dulu
27 May 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

 Waktu dulu dengan sekarang ni banyak bezanya kan? Dulu siaran tv hitam putih je, sekarang dah colouring. Dulu masa bercinta bagi surat letak bedak biar wangi, sekarang bercinta guna BBM, FB, Twitter. Dulu permainan budak-budak adalah pondok-pondok, masak-masak, sekarang budak-budak kecil main Ipad, Iphone. Tengoklah perbezaan zaman dulu dengan sekarang. Mimie ni pun dapat pegang phone sendiri pun masa form 1. Itu pun handphone yang cikai-cikai je. Tapi budak zaman sekarang masa sekolah rendah, darjah 1 dah boleh pegang phone canggih-canggih macam Iphone tu semua. Bukan main advanced budak zaman sekarang. Kecil-kecil diaorang dah celik IT. Diaorang lebih tahu semua selok belok pasal IT berbanding kita. Mimie ingat lagi, dulu masa mimie kecil-kecil, umur dalam lingkungan 4 5 tahun, mimie dengan sedara-sedara yang seangkatan semua main pondok-pondok and masak-masak kat kampung. Kitaorang bawa kuali, senduk, pinggan, mangkuk, cawan semua dari rumah then main tumbuk-tumbuk bunga-bunga yang ada kat rumah atok time tu. Habis togel pokok bungan atok mimie kitaorang buat main. Sampai ke menegah rendah lah juga mimie buat benda tu. Setiap kali balik kampung je memang tu je lah kerja mimie. It's such a happy things to do on that time. Memang meninggalkan kenangan manis yang mimie tak boleh dan tak akan lupa sampai lah ke akhir hayat mimie. Budak zaman sekarang pula, celik-celik mata je dah pandang laptop, Ipad, Iphone. Diaorang lebih banyak terdedah kepada arus kemodenan. Diaorang tak rasa kemanisan zaman kanak-kanak macam zaman kanak-kanak mimie.

Masa mimie kecil-kecil dulu, mimie teringin nak jadi orang dewasa. Nak pakai baju cantik-cantik, nak make-up, nak ada rumah and kereta sendiri. Mesti ramai kan yang teringin nak jadi dewasa masa dia kecil-kecil dulu? Tapi bila mimie dah makin besar dan dah melalui zaman remaja, mimie terasa nak balik ke zaman kanak-kanak semula yang hari-harinya hanya dipenuhi dengan gelak tawa tanpa perlu memikirkan masalah yang mendatang. Tu lah namanya orang tak bersyukur. Astaghfirullah hal ad'zim mimie. Itu cuma keinginan sementara je sebab rindu dengan kenangan zaman kanak-kanak. Perkara yang dah lepas, tak boleh diulang semula kecuali di padang mahsyar nanti Allah S.W.T akan tunjukkan semula amalan-amalan dan kelakuan-kelakuan kita di dunia yang sementara ini. Masya-Allah. Usia kita ni semakin lama semakin tua. Bila dah tua, lagi banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul dan lebih banyak perkara yang kita belajar dalam hidup ni. :)

new past