Wanita
27 May 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)
Wanita.. Hmm. Kenapa ye dengan wanita? Wanita ni seperti yang kita tahu terkenal dengan sifat lemah lembut dan berbudi bahasa right. Sekali je kita bersuara dengan suara yang lembut, ramai orang terpesona. Wanita ni dikurniakan banyak anugerah oleh Allah S.W.T. Sebab tu lah kita kena jaga semua amanah yang Allah dah bagi kat kita sebaik mungkin. Jaga lah aurat, pertuturan, pergaulan, dan perlakuan kita tak kira kat mana pun kita berada. Sekarang ni ramai wanita dah ada kesedaran dan dah mula pakai tudung. Syukur ke hadrat Allah atas perubahan mereka. Tapi tak semestinya aurat dia jaga, perlakuan, pertuturan, dan pergaulan dia pun terjaga sekali. Mimie tak cakap semua wanita bertudung macam tu, tapi ada sesetengahnya yang macam tu termasuklah mimie. I'm not perfect. Mimie pun ada kekurangan. Tapi sekarang, mimie sedang dalam proses untuk ubah diri mimie dan lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Mimie dengar ramai lah juga kawan-kawan mimie cakap "dia ni bertudung tapi mulut macam p***a".
Mimie sendiri pun pernah dengar wanita bertudung tapi cakap perkatan-perkataan yang tak elok dan tak sedap didengar orang. Suara dah lembut, seronok je bila dengar dia bersuara, tapi cakap perkataan yang tak elok. Mimie bukan nak mengutuk ke apa. Tapi mimie cuma bagi contoh. Kan ke elok kalau nikmat yang Allah S.W.T bagi kat kita, suara yang lembut dan sedap tu kita keluarkan perkataan-perkataan yang elok-elok, yang sedap didengar orang. Nanti tak adalah orang mengeji dan pandang serong kat kita. Dosa pun kita tak dapat sebab buat orang berkecil hati dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita. Bergurau, bergurau juga tapi ayat yang keluar dari mulut tu perlu dijaga. Hati orang kita kena jaga biar dia tak tersinggung dengan kata-kata kita lebih-lebih lagi kita ni perempuan yang memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan berbudi bahasa. Kerana nila setitik, boleh rosak susu sebelanga. Itu baru bab pertuturan. Belum lagi masuk bab pergaulan dan perlakuan kita. Yang bertudung tapi berpegang tangan dengan yang bukan muhrim, memang tak terkira jumlahnya. Sebelum ni, mimie tergolong dari kalangan orang yang macam tu. Tapi syukur alhamdulillah, Allah S.W.T dah sedarkan mimie sebelum terlambat. Allah Maha Kuasa. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri mimie. Dia bagi peluang kepada mimie untuk bertaubat dan tak ulang kesilapan lalu. Sekarang, mimie masih lagi dalam proses untuk belajar menjadi hamba yang sebenar benarnya hamba dan tak akan berhenti belajar selagi hayat dikandung badan. Mimie nak tingkatkan iman kepada Allah S.W.T dalam diri mimie ni. So, kepada para wanita, peliharalah amanah yang telah Allah beri kepada kita. Hormatilah diri kita sendiri sebelum ingin orang menghormati kita. Berfikirlah sebelum berkata-kata dan membuat sesuatu perkara.:)
new past
