Bercinta biar sampai syurga.
22 June 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)
Pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu mimie masuk sem 5. Syukur ke hadrat Mu ya Allah. Sometimes tu mimie rasa macam "eh, aku dah masuk sem 5? Betul ke ni? Macam tak percaya je." Haa. Macam tu lah perasaannya. Tinggal lagi satu sem untuk mimie berjuang untuk mendapatkan segenggam diploma. InsyaAllah mimie akan dapat habiskan diploma tepat pada waktunya. InsyaAllah. Syukur Alhamdulillah. lecturer yang mengajar mimie sem ni semuanya okay and best-best. Semua fun. Dalam class penuh dengan gelak tawa lebih-lebih lagi bila class entrepreneurship.
Okay, back to the topic, sebenarnya hari tu seorang lecturer mimie, madam Eina, ada cakap, kalau kita couple tapi tak berniat untuk kahwin dengan orang tu sebab kita cuma nak suka-suka je dengan dia, berdosa. When madam say it, the whole class like, "haa? betul ke ni madam? Berdosa ke kalau kita tak ada niat nak kahwin dengan dia?" and bla bla bla. Topic tu menjadi hangat, sehangat asmara bila madam bagitahu benda tu. Masing-masing buat riak muka terkejut and tak percaya (not including me because I already knew about it) bila dapat tahu.
So, kepada pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta, pasanglah niat untuk kahwin dengan si dia. Tapi jangan hanya pasang niat je, kalau boleh pertahankanlah hubungan tu sampai ke jinjang pelamin. Bercinta bagai nak rak selama bertahun-tahun tapi at last masing-masing buat haluan sendiri, tak ke rasa sedih yang teramat sangat kemudian disusuli dengan kekesalan. Itulah yang selalu manusia buat bila tak berfikir dengan waras. Sedih lepas tu kesal. Nak sedih tu boleh, tapi jangan lah rasa kesal sebab itu adalah salah satu ujian dari-Nya kepada kita. Dia nak tengok sejauh mana kita boleh bersabar dengan dugaan yang dia bagi. Jodoh pertemuan kan semua di tangan Allah S.W.T. Janganlah kita putus berdoa dan meminta daripada Allah agar hubungan kita tu kekal sehingga ke akhir hayat.
Tapi jangan hanya berdoa je, hubungan yang terjalin tu pun mestilah terjaga dari sebarang perbuatan maksiat. Barulah hidup jadi berkat, dan insyaAllah doa kita siang malam tu pun akan termakbul. Bercinta hingga ke syurga itu lebih indah daripada bercinta macam romeo dan juliet, qaisy dan laila. Bercinta ikut landasan yang Allah dah tetapkan baru bahagia dunia akhirat. Every single person make a mistakes including me. Biasalah, dah namanya pun kita hamba Allah kan, memang kita tak akan terlepas daripada buat kesilapan. Kalau tak banyak pun, kita mesti ada buat sedikit kesilapan. People learn from their mistakes. Me also learn from mistakes. Kalau orang nak cakap, "alaaa,, mimie ni pun bukannya baik mana." It's true. I admit it. I'm not perfect. Mimie ni pun pernah buat dosa but I'm learning to be a better muslimah. Manusia perlu belajar dari kesilapan. Kalau tak, dia akan sentiasa buat kesilapan yang sama dan tetap akan berada di takuk yang lama.That's life.
Kepada yang tak ada pasangan lagi tu, jangan risau. Berdoalah kepada Allah semoga dia mempertemukan kita dengan orang yang boleh membimbing kita ke jalan-Nya. Semoga bila kita jatuh cinta nanti, kita akan jatuh cinta pada orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah S.W.T biar cinta kita kepada Allah pun semakin kuat. InsyaAllah. Jangan rasa cemburu bila kita tengok kawan-kawan kita semua bercouple, ada pasangan masing-masing tapi kita tak. Perancangan Allah tu sangatlah hebat. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Rahsia Allah, tak ada siapa yang tahu. Mungkin dia nak pelihara kita dari melakukan perbuatan maksiat bila kita bercinta tanpa ada ikatan yang sah. Maklumlah, bila bercinta tanpa ada ikatan yang sah ni, syaitan tu suka sangat menyucuk-nyucuk hati kita ni suruh buat maksiat, buat dosa. So, sabarlah menanti jodoh daripada-Nya. Berdoa, berusaha dan bertawakal lah kepadaNya. InsyaAllah Dia akan tunaikan permintaan kita kerana allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
new past
