Hijab
20 July 2013, ϟ 0 shout(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)
Zaman moden sekarang ni, macam macam gaya tudung kita boleh jumpa, macam macam jenis tudung ada dijual, macam macam jenis pakaian muslimah yang boleh dibeli. Zaman sekarang, tak macam zaman dulu dulu. Zaman parents kita masa muda mudi dan zaman atuk nenek kita dulu tak ada pun penjualan pakaian muslimah secara besar besaran dan memang susah kita nak tengok orang zaman dulu bertudung litup, bertudung labuh, berpurdah, dan berjubah macam sekarang ni. Syukur alhamdulillah, sekarang ni dah ramai perempuan yang bertudung dan menutup aurat. Zaman dah berubah. Allah SWT dah bagi hidayah kat kita. Dia bagi cahayaNya pada kita agar laluan kehidupan kita menjadi cerah dalam mencapai redhaNya. Kalau nak dibanding zaman sekarang dengan zaman dulu, zaman sekarang ni kita lebih senang untuk menimba ilmu agama. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia memudahkan kita untuk menimba ilmuNya. Yela, macam yang kita semua tahu, kita sekarang dah nak sampai ke akhir zaman. Kiamat tu tak jauh dan tak lama je lagi akan berlaku, bila bila masa dan dalam sekelip mata. Dah bersedia ke kita dengan amalan amalan kita semasa hayat kita masih ada di muka bumi Allah yang indah ni? Cukup ke tidak amalan kita untuk lepas masuk ke syurga? Walaupun zaman sekarang ni kita lebih mudah menimba ilmu agama, tapi masih ramai lagi yang belum dapat terima agama Allah yang suci ni. Masih lagi ramai yang mempermain mainkan agama Islam yang mulia ni. Lebih lebih lagi kaum hawa yang pakai tudung tapi tudung pendek, baju pendek, baju ketat dan sebagainya.
Seperti yang tercatat dalam al-quran,
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) tampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (QS an-Nur [24]: 31).
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung (khimâr) ke dada-dada mereka. (QS an-Nur [24]: 31)."
Allah Swt. berfirman dalam ayat yang lain:
يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ ِلأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلاَبِيبِهِنَّ
Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang Mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. (QS al-Ahzab [33]: 59).
Hijab yang sebenar benarnya hijab ialah, tudung tu mestilah labuh menutup dada dan tidak singkat. Kalau taknak berpurdah atau berniqab pun tak apa. Yang penting tudung tu mesti menutup dada. Sanggul pula jangan lah tinggi melambung macam bonggol unta dan tudung tu janganlah pakai tudung yang jarang. Kalau tudung tu jarang, kenalah pakai inner neck. Panas? Tu semua alasan orang yang tak ikhlas. Panas kat dunia ni tak seberapa pun kalau nak dibanding dengan panas di neraka nanti. Setitik peluh yang keluar kat badan kita ni kerana menutup aurat, kita akan dapat pahala. Dan sehelai rambut wanita yang dilihat oleh seorang lelaki bukan mahram dengan sengaja, balasannya 70000 tahun dalam neraka. Sehari akhirat =1000 tahun dunia. Sekarang, mana yang anda pilih, tutup aurat ataupun dedah aurat? Pilihan terletak di tangan anda.
Allah SWT dah memudahkan kita dalam setiap hal tapi kita sendiri yang memilih untuk merumitkan diri kita sendiri. Bukan susah pun nak pakai tudung. Sekarang ni dah banyak tudung yang dijual di pasaran macam tudung sarung, tudung bawal, shawl, dan macam-macam lagi. Kita tinggal pilih, ambil dan bayar je. Settle semua. Lepas tu pakai. Kan ke lebih manis kalau kaum hawa ni pakai tudung, tutup aurat. Sweet je gitu. :D Mimie ni pun tak baik mana. Tutup aurat pun bukan sempurna mana. Tapi sama sama lah kita berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah ya? Tak semestinya kita kena berubah secara mendadak. Kita boleh berubah secara berperingkat macam kita mendaki tangga yang teramat lah tinggi. Sekejap sekejap berhenti, ambil nafas. Macam tu jugalah kita belajar memperbaiki diri kita. Step by step. InsyaAllah lama kelamaan, kita akan sampai ke puncaknya. Bak kata pepatah, "berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian".
new past


