Telematch.
11 July 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

6/7/2013, bersamaan hari sabtu hari tu, club mimie ada program untuk ahli club course mimie. Mimie dan kawan kawan seperjuangan selaku senior, buat program tu macam untuk beramah mesra dan berkenal kenalan dengan adik adik junior kami yang kami amat dan sangat lah sayang. But unfortunately, junior sem 1 kami hanya 6 orang sahaja yang datang instead of 26. Sangat lah sedih hokayy. Time tu kitaorang dah tak sayang diaorang dah. Kitaorang merajuk dengan diaorang sebab tak datang. Haha. Tak adalah. Sayang tetap sayang, tapi marah sikit and kecewa banyak tu adalah. Haih. Tapi tak apalah. Mungkin ni karma kot sebab dulu mimie dan kawan-kawan pun selalu tak join aktiviti yang senior kitaorang buat. Now, bila kitaorang dah jadi senior, kitaorang yang kena handle semua benda alah pasal program tu semua, baru kitaorang tahu perasaan bekas senior kitaorang dan penasihat club kitaorang. Sedih kot.

Kitaorang expect dalam 80 orang akan  datang sebab tolak dengan AJK semua yang dalam 12 orang. Tapi sayangnya, tak sampai separuh pun daripada student jangkaan kitaorang tu yang datang. Hmm. Tapi tak apalah, walaupun ramai yang tak datang, aktiviti tetap berjalan seperti biasa dan smooth. Fun? of course!! Siapa pula yang handle program kan? Haha. Udah, riak pula sudah. Astaghfirullahal ad'zim mimie. Tak adalah. Bulan nak riak but it's the reality. We had so much fun on that day. Walaupun tak ramai yang datang, meriah dia macam ramai je yang datang masa tu. Seronok sangat. Mimie tak sabar nak tunggu next program club kitaorang. Apa yang mimie dapat daripada program yang berlangsung tu adalah ikatan silaturrahim antara senior dan junior yang semakin erat. Syukur alhamdulillah. Antara senior dan junior sem 3 boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik. Kalau dulu, kitaorang cuma pandang pandang jeling jeling je gitu. Tak pernah pun bertegur sapa. But after the program been made, kitaorang pun mula lah start berborak dengan rancaknya bagai seorang teman yang rapat. Cehwahh. Haha.

Kepada adik adik junior yang datang masa telematch haritu, terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kerana sudi berkerjasama ya. Akak (Ecehh. Dah senior kan. Kenalah dipanggil akak. Sometimes tu terasa diri kita ni tua lah pula sebab dipanggil akak padahal ada je junior yang lagi tua daripada diri kita ni haa) dan kawan kawan serta miss aida yang tercinta, sayang korang sangat sangat lah. Muah muah muah sikit kat korang. :D Kepada yang tak datang masa telematch haritu pun kitaorang sayang juga.Tapi kitaorang sayang student yang datang tu lebih lah. Haha. Nampak tak yang kita ni berat sebelah? Tak adalah. Kami sayang semua adik-adik junior sama rata. Kami nak ucapkan terima kasih juga kepada yang tak datang sebab awak dah bagi kami 4 buah hamper yang sepatutnya jadi milik awak semua. Kenyang kami makan hamper tu banyak banyak. :D

new past