Dunia akhir zaman.
18 August 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

Tadi mimie ada tengok satu video ni tau pasal kekejaman tentera Israel terhadap penduduk di Gaza. MasyaAllah. Sedih mimie tengok bila kanak kanak dan wanita ramai yang menjadi korban tentera Israel. Mimie tahu cerita ni dah lapuk sangat. Tapi bila mimie tengok video tadi, mimie rasa sedih dan sebak. Kesian diaorang. Manusia yang tak bersalah pula yang menjadi korban. Sekarang kecoh pula pasal kejadian di Mesir yang tengah berada di saat yang genting. Umat Islam saling berbunuhan sesama sendiri kerana anutan mereka lain-lain. MasyaAllah. Inilah salah satu kejadian akhir zaman. Syukur alhamdulillah kita dilahirkan di negara yang aman damai macam Malaysia ni. Sebab tu lah pentingnya hubungan yang erat dan baik antara setiap penduduk di Malaysia ni. Jangan kerana berbeza agama, bangsa dan fahaman, negara kita jadi kacau bilau dan tak tenteram lagi. Bersyukur lah kita atas kurniaan Allah ni. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah. InsyaAllah. Sama-samalah kita berdoa untuk penduduk di mesir, Gaza dan palestin semoga mereka dilindungi olehNya. Amin.

new past