Selamat hari raya aidil fitri. :D
16 August 2013, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah. :)

Selamat hari raya aidil fitri semua. Maaf zahir batin. Sorry lah dah raya ke-9 baru nak wish. Hari tu kat JB tak ada internet. Ni dah balik Bangi baru update. Raya korang tahun ni macam mana? Okay tak? Seronok? Raya mimie tahun ni biasa biasa je. Kat kampung duduk rumah je. Tak berjalan time raya kedua macam raya yang lepas lepas sebab atuk lelaki mimie belah ibu baru je kembali ke rahmatullah 28th July hari tu. Saudara mara je yang datang beraya kat kampung. Pagi raya, lepas kaum lelaki balik dari sembahyang raya, terus pergi kubur arwah atuk, baca yassin and buat tahlil ringkas. Balik daripada kubur terus buat sesi salam bersalaman, tangis tangisan. Tapi pagi raya tu memang terasa syahdu sangat sebab arwah atuk dah tak ada. Yang tinggal cuma atuk perempuan mimie je. Rasa awkward bila salam tangan atuk perempuan seorang je. Kalau tak, pagi raya mesti salam tangan atuk perempuan dan lelaki dulu. Lepas habis salam satu family, akan ada sesi begambar the whole big family. Pagi raya tu juga mimie and the cousins akan ambil gambar atuk perempuan dan atuk lelaki berdua je. Kami akan suruh atuk senyum dan peluk bahu atuk perempuan. Sweet je gitu. Hehe. Rindu suasana di pagi raya tahun yang lepas lepas. Gambar di pagi hari raya tetap ada cuma kurang dah seorang ahli keluarga mimie yang besar. Malam raya pertama tu pula, kitaorang satu family semua berkumpul untuk baca yassin dan buat tahlil arwah lagi sekali.



Pagi raya with Khalish Iman and fika, my younger sister


Khalish sibuk nak ambil phone mama dia time ni.


My family with atuk perempuan.


Us. :D


Siblings. :)


Ibu with fika.


Me with my lovely mother. <3


My daddy merangkap kawan baik. <3


3 anak dara.

Normal lah time raya je budak budak kecil mesti pergi beraya kat rumah jiran sebelah menyebelah dan kumpul duit raya. Kita yang dah besar ni duduk kat rumah je lah gamaknya. yang anak dara, kena duduk kat dapur tolong masak. Tapi syukur alhamdulillah. Duit raya tetap dapat walaupun tak banyak macam budak budak yang pergi beraya. Makcik pakcik je lah bagi duit raya. The best part masa first raya adalah, kitaorang satu family pi pulun makan durian yang kaum ayah ayah beli sampai rm200. Semua berkumpul keliling durian sebab nak makan. Haha. Raya ketiga mimie balik JB. Rumah makcik mimie kat Mount Austin ada buat open house dan ada yasinan dan buat tahlil arwah untuk kaum keluarga. Makan besar lah juga. Malam raya ketiga tu pula, mimie dengan 3 orang cousin mimie dan adik mimie pergi bantai tengok midnight movie The Conjuring kat Aeon Tebrau. Pergi dengan pakai baju kurung pula tu. Kemain lagi. Nampak sangat habis kenduri terus cabut lari pergi tengok wayang. Haha. Yang cousin cousin ni pun jumpa time ada kenduri kendara je. Tu yang kami mengambil peluang keemasan di waktu tengah malam untuk tengok wayang bersama.


3rd day of raya with my cute cousin, nina.


With nina's younger sister, tasha.


Kesian kita terselit kat tengah tengah. :)


Ehemm,, hye semua. :D


With my crazy cousin's nora and anuar. <3


Time ni kitaorang cabut lari pergi taman sekejap. :D


Otw nak pergi beli tiket The Conjuring. Sempat lagi ambil gambar tau. Haha.


4th day of raya.Otw nak pergi rumah cousin ayah time ni.





Peace from us. :D

Okaylah. Setakat tu je gambar mimie. Di bulan yang baik ni, mimie nak minta maaf banyak banyak kepada sesiapa yang kenal mimie, andai mimie ada terkasar bahasa, membuatkan orang orang keliling berkecil hati dengan mimie, dan yang sewaktu dengannya. Maaf zahir dan batin ye semua. :)

new past