2014. :)
06 January 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. :)

It's been a while kan mimie tak update blog? Busy sesangat lah. Tak ada masa masa nak update blog dan yang paling tepat sekali adalah mimie malas nak update sebenarnya. Hehehe. Plus mimie pun banyak sangat problem yang melanda diri tapi syukur alhamdulillah semuanya dah selesai. Eh, lupa pula nak ucap Selamat tahun baru 2014 kat korang. Walaupun dah terlambat 6 hari, tapi tak apalah. Janji mimie ucap. Pejam celik pejam celik dan tanpa mimie sedar, I'm getting older and older every year. Oh myyyy!!!! I'm 21 years old this year. Macam mimpi je. Macam tak percaya je yang kita dah tua okayy. I'm still thinking that I'm 20 years old. Kalau ikut bulan memang ye pun sebab birthday mimie lambat lagi tapi kalau ikut tahun, nak tak nak, mimie kena sedar diri yang I'm getting old!! Pffftttt~~ Sangat lah susah untuk sedar yang mimie ni semakin tua tapi syukur ke hadrat Ilahi sebab Allah SWT masih lagi memberi mimie peluang untuk hidup di muka bumiNya yang indah ini. Alhamdulillah. :)

Tahun ni adalah sem last mimie. Mimie dah sem 6 sekarang dan pada pertengahan tahun, insyaAllah I'll graduate. Bila dikenang kenang semula, banyak benda yang berlaku kat mimie sepanjang mimie bergelar seorang pelajar IPT. Pahit, manis semua bercampur dalam satu rasa. Tapi, apa yang mimie belajar sepanjang masa tu adalah berharga. Mimie jadi semakin matang lebih lebih lagi umur dah cecah 21 kan. Terima kasih kepada orang orang di sekeliling mimie kerana telah mengajar mimie banyak benda. Mimie rasa macam baru je bulan lepas mimie masuk daftar kat KPTM Bangi sebagai pelajar sem 1. Rindunya zaman sem 1, zaman di mana mimie tak ada apa apa masalah pun yang melanda diri. Everything doing fine. Tapi tu lah kan. Manusia berubah mengikut peredaran masa. Ada yang berubah ke arah kebaikan dan ada juga sebaliknya. Anda anda semua macam mana? Berubah ke arah yang lebih baik atau tidak? Kalau mimie, mimie tak tahu lah nak cakap apa tapi mimie cuba sedaya upaya memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang sejati. Apa yang mimie boleh cakap, mimie nak capai redha Allah SWT ketika Dia masih memberi mimie peluang untuk hidup. Kita tak tahu ajal kita bila kan? Mimie tak nak nyawa ditarik ketika mimie tak membuat apa apa persediaan untuk menghadapNya nanti. Sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan ye. :)

new past