Sukan Rakyat DiIA Club Family :D
23 January 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. :)

17/01/2014 hari tu club mimie iaitu club DiIA stands for Diploma in Investment Analysis, buat sukan rakyat untuk semua ahli kelab kitaorang. It's so fun!!!! :D Syukur alhamdulillah ramai juga adik adik junior kesayangan saya yang menghadirkan diri ke acara tu especially kepada adik adik junior yang sekarang ni berada di sem 2. We're ( the seniors and Miss Aida, our club advisor ) shocked bila tengok attendance, ramai junior sem 2 yang datang but at the same time kitaorang bersyukur dan happy sesangat sebab diaorang sudi juga join acara tu. Mimie tak ada gambar nak ditunjukkan sebab yang jadi photographer club kitorang adalah cik wawa merangkap classmate kita yang comel. Hehe. So, gambar semua ada kat dia.

Game yang dibuat untuk sukan rakyat tu ada 7 tau. Game dia adalah Pelekat Soccer, Bola Beracun, Bowling Kelapa, Dodge Ball, Maruahku, Runningman and lagi satu mimie tak ingat game apa. Hehehe. Banyak sangat makan semut tu yang jadi pelupa tu. Kitaorang dibahagikan kepada 5 group yang mana 1 group ada 6 orang. First game iaitu pelekat soccer senang je main dia. Cuma cabaran dia je lah yang tak berapa nak senang buat sesetengah orang. Cara main game tu adalah setiap satu kumpulan akan ada 2 penghujung. 3 orang ahli kat penghujung pertama dan yang lain kat penghujung lagi satu. Setiap ahli kumpulan kena tendang bola sampai penghujung sambil pakai kain pelekat then akan bertukar orang, tapi cabarannya adalah kena tendang bola dengan berkain pelekat sambil pegang katak. Maunya tak melompat orang yang geli dengan katak. Siap boleh buat pertandingan siapa jerit paling kuat lagi tau. Haha. Bukan perempuan je yang geli dengan katak, lelaki pun ada juga yang geli dengan katak tau. Game ni group mimie dapat tempat last. Sedih kita. :(

Game kedua pun agak mencabar juga. Salah seorang ahli kumpulan kena tangkap bola iaitu belon berisi air masuk ke dalam kain pelekat sambil meletakkan sudu berisi bola ping pong kat mulut. Ahli kumpulan yang lain pula akan baling belon berisi air tu kat orang yang pegang kain pelekat tu. Belon tu mesti masuk dalam kain pelekat dan bola ping pong tak jatuh, baru dikira markah. Dalam game ni pun group mimie kalah. Hahaha. Next game adalah bowling kalau tak silap. Haaa. Game ni pun group mimie kalah juga. Bowling a.k.a kelapa yang AJK kebas kat pokok kelapa KPTM Bangi tak nak kena kat botol botol yang bersusun cantik kat depan kitaorang. Setiap kali ahli kumpulan mimie baling je, mesti kelapanya meloncong ke tempat yang tak sepatutnya. Haih. Sabaq je lah. Buah kelapa tu ajak bergurau dengan kitaorang. Game dodge ball mesti korang tahu macam mana kan? Mimie tak reti nak explain game ni macam mana sebab mimie sendiri tak faham game ni macam mana sebenarnya. Haa. Kan cakap pun dah berbelit belit. Game maruahku adalah game di mana kitaorang kena susun semula lukisan bendera yang kumpulan kitaorang buat kepada bentuk asal setelah flag kitaorang tu telah di cerai beraikan oleh AJK yang terlibat. Dia lebih kurang macam puzzle juga lah. Nasib baik senang nak combine semula flag tu. Group mimie dapat 3rd place time ni.  Haa. Yang last game ni mimie confirm semua orang tahu punya. Tengok runningman kan? Kitaorang main game macam runningman lah, main cabut cabut tag. Game ni group mimie menang. Hehehe. Ahli kumpulan mimie yang main adalah fareez a.k.a faz dan juga nazrin a.k.a arin. Baguih betul diaorang bab tarik tarik tag ni.

Lepas habis je game tu semua, kitaorang lunch. Bila semua dah habis lunch, kitaorang buat surprise kat miss Aida sebab a day before sukan rakyat tu birhday dia. Kitaorang beli sampai 2 biji kek. Almaklumlah, club members yang datang ramai. Hadiah pula beli sampai 2. Terharu miss bila kitaorang buat surprise untuk dia. Debak debuk debak debuk, pukul 1 macam tu baru kitaorang balik rumah. Sangat penat okay, tapi dalam masa yang sama, I'm having fun with my lovely club member's. Bila buat aktiviti macam tu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Syukur alhamdulillah. :) Mimie akan rindu saat saat macam ni sebab ni last sem mimie. :')

new past