Believe in Allah. Ada hikmah disebalik setiap ujian yang diberiNya. :)
23 February 2014, ϟ 0 shout(s)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. :)

Apa khabar semua? Macam mana dengan perjalanan hidup hari ni? Is it going smoothly or there's so much problems that coming through your day? Biasalah tu kan kalau hari hari yang kita lalui dilanda masalah walau sekelumit je pun. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia nak bagi kita pahala andai kita bersabar dengan ujianNya. Seronok tu dapat pahala dengan mudah. :) Memang iman kita kadang turun dan naik. Kadang tu kita tak boleh nak jadi penyabar dengan ujian Allah. Kadang tu kita terlepas juga marah walau dah ditahan tahan hati ni supaya bersabar. Nama pun manusia biasa kan, takkan terlepas punya dari membuat kesilapan dan kesalahan walau sebesar zarah sekalipun. Tapi satu je lah, jangan kita pernah hilang kepercayaan kepada Yang Maha Kuasa, Allah S.W.T.

Bila kita dilanda sesuatu masalah, kita mesti akan tanya, "kenapa semua ni berlaku kat aku?", "kenapa dia buat aku macam ni?", "kenapa aku tak pernah nak dapat kebahagiaan?". Kenapa kenapa kenapa dan kenapa. Kita mesti akan mempersoalkan ujian yang Allah berikan kepada kita. Well, nama pun manusia biasa kan. Instead of kita mempersoalkan itu dan ini, why not kita bersyukur atas setiap pemberianNya walaupun pada kita, ianya menyakitkan. Kita sebagai hambaNya, kenalah positive thinking. Tanamkan dalam hati dan fikiran kita, ada kebaikan atas setiap dugaan yang Dia beri sebab Dia pencipta kita. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia yang tentukan takdir dan perjalanan hidup kita. Yang penting, kita kena selalu istiqomah, dan bersangka baik dengan Allah. Mimie ni pun bukannya baik dan sempurna sangat. Ada juga cacat celanya. Tapi sebagai manusia biasa, kita diharuskan untuk ingat mengingati dan saling nasihat menasihati sesama kita. Hari ni maybe mimie bagi nasihat dan ingatkan orang, tapi mana tahu esok lusa mimie yang lalai, orang lain nasihat dan ingatkan mimie pula kan. Sekian terima kasih. Setakat ni je lah tazkirah untuk hari ni ye. Renung renungkan dan selamat beramal. :D

new past